kalau dulu, blog saya entah apa2 kan? saya yang baca blog sendiri pun rasa macam kelakor je. alaa, zaman budak2 katakan. (Tapi sekarang bagi saya pun masih budak2,hahahhaa..) sebenarnya dengan come back saya ni, saya nk share lh sikit hal2 yang mengembirakan sebagai contoh makanan. orang2 akan mudah terpikat kalau kita cter pasal makanan sebab saya percaya makanan dapat menggembirakn semua orang. tak kira muda tua, lelaki perempuan, or gemuk kurus ke.. saya pernah baca satu ayat ni "Good Food, Good Mood". so bagi saya, ayat tu memang betul sangat!! sebab kalau kita makan makanan yang baik, sedap, aura mood yang kita keluarkan juga baik and positive. kalau sebaliknya, mood kita maybe akan jadi negative.
So sebagai permulaan ni, saya nak share lah makanan yang best tu. buat masa sekarang, saya nk share resepi kek. harap korang dapatlh buat nanti.
![]() |
Deco daku terOver lak,hahaha.. |
Tadaaa!!! Kek tiramisu yang cute miut.. saya ni bukan lah hantu kek sangat. tapi kalau dah mari hantu, abis kek saya akan request resepi, hahahaha.. ni antara kek yang bagi saya senang nk buat dan sedap. tapi bajet kos pn kena up sikit sebab krim dia saya guna cream cheese yangagak mahal sebab nak mkn sedap kn.. dulu tak ade nye gemar sangat tp sebabkn bile dh makan, rasa mcm sedap jer, so makin keraplah "kehadiran" kek ni kat rumah saya. nak2, ada sorang kawan saya yg kaki makan. so, dia antara orang yang paling excited kalau saya buat makanan. sebab kebiasaannya makanan yang saya buat saya akan share dengan dia. untung lah dia dapat kawan macam saya kan? caring and pemurah gituu,hohohoo..
kalau nak tahu pasal kawan a.k.a. bff saya tu, nanti saya sambung citer pasal dia. sekarang saya nak share macam mana nk buat kek tiramisu yang super duper sedap ni! senang je uolls. rugi kalau tak buat sendiri. kalau buat sendiri, boleh makan smpai kenyang sebab boleh tambah banyak kali. lagipun, bahan2 yang kita gunakan lebih terjamin kebersihan. kalau kita beli, bayangkan bekas yang diorang guna, entah bersih ke kotor. ye tak? so BAHAYA k!
Bahan-bahannya:
200 ml whipping cream
250 g cream cheese philadelphia
sedikit esen vanila
1/2 cawan gula kastor(nak tawar,kurangkan)
Kek span perisa koko(kalau tak ada, perisa pandan pn ok)
secawan air nescafe tanpa gula
serbuk koko or milo (Van Houtten rasa pahit sikit)
coklat rice or coklat chip (as hiasan)
Cara-caranya:
1) Letak whipping cream, cream cheese, esen vanila plus gula dalam mixer(kalau nak senang)..kalau nak guna pukul manual pun boleh,huhu..
2) Pukul hingga sebati. mulakan dengan kelajuan yang slow then baru tingkatkn kelajuan. bukan apa, takut terpercik je, kan cecair tu. agak2 likat tu bolehlah ketepikan dulu.
3) Then, potong kek and susun dlm bekas yg senang korang simpan n makan nanti. lepas tu, sudukan air nescafe kt ats dia. sebagai pelembab je, bt rasa. jangan banjirkn plak yer. kalau nak celup kek tu dlu pstu baru letak dlm bekas pon boleh.
4) Lepas letak kek td, letak bahan2 pukul td selapis. pastu diikuti tabur milo or koko td...buat lah berapa layer yg korang suke. saya biasa bt dua lapis.
5) Deco ikut suke korang. Simpan dlm peti 3-4 jam or makan time dh sejuk, best! (saya biasa bt mlm, esoknya makan)
Sebagai note tambahan yg step 3, ada yg guna gelas, boleh potong and susun dlm gelas. saya malas nk buat kerja leceh, so saya susun terus dlm bekas or mcm yg kt atas, senang, cpt sikit abis kerja. Nak2 time makan, cedok guna sudu. sebekas kgsi ramai2..baru boleh erat silaturahim keluarga,haha..
Eh! Gambar kat bawah ni apa plak yer??
![]() |
Yummy!! |
mesti korang terliur jugak yg ni kan? ke saya sorang je? hahahaha.. tiba2 lak rasa nk makan bnde alah ni,huhu.. yang ni lak namanya Cornflakes Cheesecake a.k.a CC. sebenarnya saya nak buat Oreo Cheesecake a.k.a OC tapi sebab tak ada oreo kat rumah time tu, saya modified kan ia. So terhasillah kek seperti diatas. Nak buat ye, mudah je. sebab resepi dia seakan sama je dgn OC. bawah ni saya akan share yer.
Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan cornflakes (Dihancurkan agak halus)
3 sudu besar mentega (Dicairkan)
250g whipping cream
100g cream cheese (saya guna Tatura)
3 sudu besar gula halus( Kurangkn pun boleh)
Sedikit esen vanila
coklat rice and milo (as hiasan)
Cara-caranya:
1) Gaul cornflakes dgn mentega di dalam bekas hingga sekata. Kemudian, letak ke dalam bekas, tekan biar sekata juga.(Tinggalkan dlm satu genggam yg dihancurkn secara kasar)
2) Kemudian, masukkan whipping cream ke dalam bekas dan mixer kan dia hingga gebu gebas. bile dah gebu, stop kacau kalau tak, gebunya akan turun balik, dh tak jadi.
3) Pukul cream cheese dan gula dalam bekas lain. lepas sekata, letak esen vanila. Then gabungkan dengan whipping cream tadi.
4) Dan lepas tu, gaulkan cornflakes yg dihancurkan secara kasar tadi ke dalam adunan sebentar tadi.
5) Tuang dalam bekas, buat layer mcm bt kek tiramisu tadi dan hias sesuka hati anda. Selepas tu, simpan dalam peti dan makan time dah sejuk.
Ok lah. setakat ni je dulu perkongsian saya. kalau ada masa lagi saya akan cuba untuk update lauk pauk ke plak or apa-apa jelah, hehehe..
SeLamAt MenCuBa!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan